Thursday, October 28, 2010

house hunting!

apartment hunting to be exactly.
fuh. for the past few days, me and future husband(FH) were 'google'-ing here and there to find any apartment that will suit our future need.
criteria I: location
-must be in the middle disctance of our working place. (note: FH is working far away in the south of selangor, whereas me myself is working in the middle of kl)
-must be near to at least any kedai runcit or kedai mamak ka apa ka.. haha senang nak tapau
-must be near to my parents house.. muahahaha.. senang nak melawat la ;p
criteria II: rent price
-i first thought of finding somekind of apartment with rm500 but then gilo macam tak jumpa langsung. the least is rm750 tu pun level paling atas & paling hujung. gilos. the average price is around RM800-RM1000. ok habes gaji aku nanti!
criteria III: facilities
-must have at least one covered parking.. mampus kalau parking merata-rata kang aku tak ingat mana aku park kereta, aku dah la jenis cepat lupa kat mana parking ;p

ok, yet we still haven't found one. a few days ago i've tried to call 3 potential owners and guess what?..

1st call : Owner XXX, Apartment D**** M****, Rent Price: RM850
I dialled 018******** in hoping to speak with the owner. In return i got this:
"Harap maaf nombor yang anda dial tidak ada dalam perkhidmatan kami".. Blurfphrhrh
Memangla.. the number itself tu pun dah macam tak betul, ada ke cell with 11 digits?. Macam pelik la pulak.. normally cellphone no. used to be 10digits ja kan?. hurmm.

2nd call : Owner YYY, Apartment D**** M****, pun Rent Price: RM850
Dialled 017*******. Was happy to hear the caller ringtone on the other side.
Tiba-tiba ja.. jeng-jeng.. a machine answered the call with some scary script below:
"Panggilan ini sedang dirakam bagi membantu siasatan lanjutan polis bla3x..".
hahaha.. aku dah confuse. ni biar betul ni nak iklan rumah ka apa ni. ok reject!

3rd call : Owner ZZZ, Apartment C*****, Rent Price: RM950
Dialled 012*******. Ok ringtone ringing with normal tone. No answering machine. haha lega.
The agent pick up the phone and informed me that the apartment is already taken.
Too bad i'm late. Padahal he just advertised that apartment one day before i made that phone call. erk.

takpa-takpa. apartment hunting is still on. gals, please pray that we'll find one soon. amin :)
gilo, december nak duduk, now baru nak cari..hehe.



Tuesday, October 19, 2010

53 = gilos!

53 days to go! giloss!

yet.. still pending..

1) borang nikah perempuan - to ask for jurunikah kawasan's signature and submit to jais! (note: borang nikah lelaki - done :)

2) canopy majlis akad nikah - awaiting for vendor's quotation

2) favors' deco - need to find ribbon ka apa ka @ semuahouse or ssf.

3) hantaran's deco - need to send kain alas dulang to my aunt nak minta tolong jahit tepi, oh all the flower deco atas dulang - need to find @ ssf (note: i will not be having any fresh flower for my hantaran deco. reason: my future husband(FH)'s family is staying nun jauh di timur, takut bunga layu kata my sis.. cet)

4) tudung akad nikah - can't recall any other place than dezahra. that's the nearest i can reach. plus cutting dia pun nice.

5) payung berarak - aiyak.. still no idea.. maybe i need to ronda2 any hyper supermarket ka.. bak kata moose.. mydin ka.. haha

6) cincin nikah - aiyoo.. both of us haven't buy cincin nikah for each other, bila mahu beli nih.. have to wait until FH is back from outstation.

7) book for groom's sampin & aksesori utk sewa - also have to wait until FH is back from outstation

8) ok can't recall any other stuff dah..

note: pending list is not in order. yah! please remind me if i missed out anything..agaggaga

Thursday, October 14, 2010

Kisah Cinta Pak Atan & Mak Inom

An article back in 2008 that I found which is good for newly wed couples' reading..

Pak Atan & Mak Inom
(Artikel Berita Harian – Februari 2008)

BAIT lagu berirama keroncong ini masih terdengar-dengar ketika meninggalkan pekarangan kediaman Inom Yon (Mak Inom), 74, dan suami tercinta, Ahmad Hashim, 75, atau lebih senang dipanggil Pak Atan. Seketika, diri turut dibuai kelunakan suara Mak Inom mendendangkan setiap bait sambil sesekali menari di samping Pak Atan yang asyik mengalunkan
irama daripada keyboard.

Suasana petang yang hangat bertukar indah dan syahdu melihat keakraban kasih sayang antara keduanya. Sememangnya Pak Atan dan Mak Inom sentiasa dilamun cinta biarpun usia masing-masing menginjak senja. Bergelar datuk dan nenek kepada lima cucu, cinta antara keduanya tetap mencambahkan bunga kasih yang terus berkembang segar hingga kini. Kemesraan pasangan ini bukan khayalan pengarah filem tersohor, Yasmin Ahmad semata-mata seperti yang dipaparkan dalam filem arahannya, "Rabun". Inilah keindahan sebenar yang ingin dikongsi anak sulung mereka itu bersama penonton. Walau ada yang menjuihkan bibir, hakikat kehidupan mereka yang sentiasa mesra bagaikan teruna dara baru berjumpa tidak dapat dinafikan. Segalagalanya jelas terpapar pada wajah Mak Inom dan Pak Atan, melalui gerak geri dan panggilan mesra - ‘sayang’ dan ‘darling’ yang sering meniti di bibir.

“Beginilah kami selalunya. Lepas sama-sama memasak, uncle main keyboard, auntie pula nyanyi. Ini bukan mengada-ngada. Kemesraan ini lahir spontan daripada hati sejak awal pernikahan lagi. Mungkin bagi kebanyakan orang, kemanisan alam pengantin baru hanya sementara, tetapi kami tetap meneruskannya sehingga kini seperti mandi berdua, berjalan sambil berpegang tangan mahupun ketika tidur juga,” kata Mak Inom. Mengakui awalnya berkahwin bukan atas dasar cinta, Mak Inom dan Pak Atan yang masing-masing baru putus tunang, akhirnya bersetuju disatukan selepas berkenalan tiga bulan kerana kasihankan nasib masing-masing.
Berpegang kepada kata-kata Hamka, cinta yang berputik daripada belas kasihan lebih berkekalan daripada cinta biasa, Mak Inom tidak ragu-ragu menerima lamaran Pak Atan. Tambahan pula perwatakan Pak Atan yang sempurna pada matanya sudah cukup membuatkan Mak Inom yang baru menamatkan pengajian selama dua tahun di Kirby, Liverpool tertawan pada guru muzik itu. “Bagi saya ketika itu cinta tidak bermakna. Uncle sering merendahkan diri, lembut apabila berkata-kata, tidak banyak cakap dan sering memberi nasihat untuk mententeramkan perasaan saya. Dia juga pandai mengambil hati ayah yang juga menyukainya. Itu yang penting, restu ibu bapa,” katanya.

Pak Atan pula cukup tertarik dengan layanan diberikan Mak Inom. Setiap kali bertandang, dirinya dijamu dengan masakan Mak Inom yang memang handal memasak. Bagi Pak Atan, itulah kecantikan sebenar yang dicarinya selama ini. “Kecantikan itu lahir dari hati yang suci. Kecantikan fizikal yang sering diagungkan itu tidak kekal dan jika itulah cinta, ia akan pudar bersamanya. Itulah sebabnya kemesraan hanya dikecapi ketika baru berkahwin. Selepas dua atau tiga tahun, lenyap. Suami jalan di depan, isteri di belakang. Apa salahnya berjalan berpegang tangan seperti masa bercinta dulu? “Saya tidak kisah apa orang nak kata mengenai kemesraan yang kami tunjukkan. Ini isteri saya, suka hati sayalah nak pegang tangan dia atau nak panggil apa. Jangan terkejut kami tetap mandi berdua sehingga kini walaupun ketika berada di rumah saudara mara. Mereka pun tahu dan faham,” katanya.

Sedangkan lidah lagi tergigit, pasangan ini tidak menafikan mahligai yang dibina sesekali tetap dilanda badai terutama di awal perkahwinan. Bagaimanapun, sikap tolak ansur dan tidak berdendam membuatkan rumah tangga dibina kekal bahagia. “Kalau bertengkar, kami pergi ke tepi laut supaya anak-anak di rumah tidak dengar. Kami luahkan apa yang tidak puas hati. Bila reda, baru balik. Anak-anak boleh tahu kami bergaduh hanya kerana saya tidak peluk bahu isteri ketika menonton televisyen. Mereka akan kata, mak tak kawan ayah ya?,” kata Pak Atan.

Mak Inom yang kesal dengan peningkatan perceraian di kalangan pasangan hari ini, berkata sikap bertolak ansur dan memahami pasangan penting selepas berkahwin. Lumrah masa bercinta memang semua indah, tetapi bila tinggal sebumbung, baru tahu buruk baik masing-masing. “Masa baru berkahwin memang susah sesuaikan diri. Auntie selalu merajuk terutama masa mengandung anak sulung kerana uncle sibuk bermain badminton setiap petang. Auntie luahkan perasaan benci padanya, tetapi jawapannya, tidak ada perkataan benci dalam kamus hidupnya, membuatkan auntie terdiam. Auntie sedar, kita perlu berkorban sedikit dengan menerima seadanya pasangan kita sama ada suka atau tidak kerana itulah dirinya,” katanya.

Beliau berkata, isteri perlu bijak memenangi hati suami terutama dari segi makan minumnya selain menghormatinya sebagai ketua keluarga walaupun isteri berkenaan berpangkat lebih tinggi daripada suami. “Jika isteri tidak kisah, tidak mustahil apabila ada wanita lain yang menunjukkan kasih sayang padanya, suami akan jatuh cinta dengan wanita itu. Jangan bersikap mementingkan diri termasuk dalam bab duit. Bila suami susah, kita bantu. Jangan ada konsep duit dia, duit kita tapi duit kita, duit kita. Ini tidak betul. Menjaga kebersihan diri juga penting. Janganlah bau kencing ada dibiarkan sampai suami balik ke rumah,” katanya.
Pak Atan turut bersetuju, seorang suami inginkan wanita yang bijak menjaga kebajikan suami. Bagaimanapun, katanya suami juga perlu mengikis ego untuk mengakui kesilapan yang dilakukan pada isteri kerana isteri hanya ingin mendengar suami mengatakan ‘maaf’. Itu sudah cukup melembutkan hatinya. Dalam hubungan ini, katanya, suami harus banyak bersabar berdepan kerenah isteri, begitu juga sebaliknya. “Pandailah ambil hati isteri. Isteri mungkin penat selepas seharian bekerja ditambah dengan kerja rumah. Apa salahnya pada sebelah malam, sebelum tidur, suami urut badan atau kaki isteri. Seorang suami yang mengurut isterinya, akan mengalir dosa-dosa yang ada padanya melalui celah jarinya itu.

“Bantu isteri di dapur juga boleh mengeratkan hubungan. Gurau senda antara suami isteri menambah seri. Mungkin orang lain tak buat macam uncle buat. Bila balik rumah, uncle panggil auntie dengan panggilan uhu…uhu…, itu tanda uncle balik. Bila dengar suara uncle itu, auntie pun sembunyi di dapur, macam main sorok-sorok,” katanya. Memang bertuah jika semua isteri seperti Mak Inom dan semua suami seperti Pak Atan. Sayangnya kebanyakan orang terlalu ego untuk menzahirkan kasih sayang terhadap pasangan khususnya si suami. Entah mengapa, perasaan sayang dan mengambil berat hanya terhad semasa bercinta. Kononnya bukan budaya kita menunjuk-nunjuk depan orang. Apa salahnya budaya yang baik jadi ikutan?

Lihat saja orang Barat, walaupun isterinya itu tidak secantik mana atau gemuk gedempol sekalipun, masih tetap berjalan berpegangan tangan atau memeluk pinggang isterinya. Inilah yang dikatakan cinta sejati, tidak pernah berubah walaupun dimamah usia.

Thursday, October 7, 2010

Payung Pengantin: Where to find one?

For the past few days, my big sis (she's small in size .. hehe) kept asking me.. "Nanti berarak nak pakai payung apa? Dah ada payung? Nak yang macam mana?.. yada3x.." <-ceh, mcm payung pengantin tu dah taraf canopy dah.. penting you.. hari² dia tanya ;p ..

So..

Yes, this is it. I don't want any fancy lace umbrella or whatsoever rambu-ramba. I just want a plain big white umbrella. Nothing more. (But of course I'm gonna need four(4) of them.. kata 2 pasangan pengantin kan :) )
.
.
.
Where to find one ya? Ikea ada ke?

Saturday, October 2, 2010

3 Weddings in a Day :)

Whoaa.. today me & Wanie managed to attend 3 weddings in a row. Gilo tapi best! Hoho

But before that, right early in the morning (around 7.45a.m) I went to Puchong to buy 1000units of dotdotdot(ceh.. rahsia tu..) to be used as packaging for my favors. [[ Thanks to Diana for driving!! Lap u la na! ]]

Let's see what I'm going to put in that packaging. Maybe..

Sweets.. oh szztt...szztt.. "cair di mulut dan juga di bawah sinaran mentari" ;p


Cookies.. oh krapp krapp.. "sekejap ada.. sekejap tak ada.. " ;p

Marshmallow.. oh yum yum.. but err urr.. where to find halal one ya?

Cupcakes.. yummiesss.. uh I wish I could have Wondermilk for my wedding ;p

(credits to Mr. Google for pics)

Uh uh uh I wish to have all of them for my wedding favors. But what can I do, I can only allocate some amount of $$$$ for favors :(

So.. after discussing with my lil' sis a.k.a my financial partner for this wedding plan (haha will be explained in another entry soon ;p), we decided to choose something that can be packed as earlier as one week before our reception day.

Hurmm.. let's see.. ;)

ps: tiba-tiba ja entry takde kena-mengena dengan tajuk ;p